Search
Close this search box.
Zoya El Miari bercakap kepada TVS ketika menghadiri Rainforest World Music Festival 2024 di Kampung Budaya Sarawak di sini hari ini. Foto, TVS.

Duta keamanan perjuang keadilan sosial, alam sekitar di RAYS2024

ByRegina Lee

KUCHING, 28 Jun: Persidangan Rainforest Youth Summit (RAYS) 2024 yang dianjurkan sempena Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 menjadi medan penuh harapan untuk menyuarakan perjuangan keadilan alam sekitar dan sosial.

Duta keamanan Palestin-Ukraine, Zoya El Miari berkata, apa yang berlaku kedua – dua kawasan yang dicemari peperangan itu sudah pasti akan turut menjejaskan alam sekitar.

RAYS2024 medan perjuangan keadilan alam sekitar dan sosial | TVS

Kata beliau, masyarakat tidak boleh bercakap tentang keadilan alam sekitar jika tidak bersuara memerangi sistem yang menindas.

“Pada masa yang sama, kita tidak boleh memperjuangkan keadilan sosial jika tidak bercakap tentang keadilan alam sekitar dan (pentingnya) kedua – duanya dihubungkan,” katanya kepada TVS ketika ditemui pada RWMF 2024 yang di Kampung Budaya Sarawak di sini hari ini.

Aktivis itu turut memberi contoh situasi di Hiroshima, Jepun apabila bom atom yang digugurkan oleh negara barat semasa Perang Dunia Kedua telah memberi kesan alam sekitar dan sosial di seluruh dunia.

Sementara itu Zoya berkeyakinan pemimpin muda mempunyai potensi untuk memacu perubahan yang bermakna.

Jelas beliau kumpulan itu juga berkeupayaan untuk merapatkan jurang antara kelestarian alam sekitar dan keadilan sosial.

“Saya percaya kepada kuasa belia kerana apabila kita bersama-sama mempercayai perubahan yang boleh kita bawa kepada dunia, itulah yang akan membawa perubahan itu iaitu kuasa belia,” katanya lagi.

RAYS 2024 dianjurkan pada 26 hingga 28 Jun 2024 yang melibatkan seramai 1,000 peserta dari 10 negara Asia Tenggara.

Menerusinya golongan belia, pakar, sektor awam dan swasta serta masyarakat sivil dari seluruh dunia bersidangan untuk menetapkan agenda bagi membina masa depan yang mampan untuk semua. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan