Dua warga China maut, 19 selamat bas persiaran terbalik di Genting Highlands


KUALA LUMPUR, 29 Jun: Dua lelaki warga China maut manakala 19 penumpang lagi terselamat selepas bas persiaran dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands kira-kira 11 pagi tadi.