Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan sijil kepada peserta tamat Kursus Program Kontraktor Berdaya Saing di Sibu, hari ini. Foto TVS

Dasar 30 peratus pembabitan kontraktor Bumiputera dalam projek RM200,000 ke atas

SIBU, 29 Jun: Kerajaan Sarawak mahu memastikan pembabitan kontraktor Bumiputera ditingkatkan kepada 30 peratus dalam projek bernilai RM200,000 ke atas.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata melalui Program Kontraktor Berdaya Saing (PKBS) kerajaan memberi ruang kepada semua kontraktor untuk terlibat secara langsung dalam Tender Terhad tanpa penglibatan dari bahagian atau daerah luar untuk mendapatkan projek kerajaan.

“Dasar ini bagi membolehkan kontraktor Bumiputera mengambil bahagian dalam pelaksanaan projek di bawah seliaan kerajaan Sarawak,” katanya berucap pada Majlis Penangguhan Kursus Program Kontraktor Berdaya Saing (PKBS) Bagi Zon Tengah Tahun 2024 di sini, hari ini.

Tambahnya, kerajaan Sarawak juga berhasrat menambah bilangan kontraktor Bumiputera yang berdaftar dalam kelas lebih tinggi melalui perlaksanaan PKBS.

Secara tidak langsung katanya ia mampu meningkatkan hasil pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup para kontraktor Bumiputera di Sarawak.

“Sekiranya sekarang kelas E atau D dari Zon Tengah ada 104 orang tidak mustahil dalam dua tiga tahun akan datang dapat naik pendaftaran ke kelas C, B atau A,” ujarnya.

Menurut Uggah, setakat 20 Jun 2024 bilangan kontraktor Bumiputera dari Kelas E dan D yang berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) seluruh Sarawak adalah 2,271 orang.

“Daripada jumlah itu, seramai 599 kontraktor dari Zon Tengah iaitu Sibu 136 orang, Sarikei 118 orang, Mukah 244 orang dan Kapit 101 orang.

“Manakala 104 orang kontraktor terpilih untuk menyertai PKBS bagi Zon Tengah bagi tahun ini yang berlangsung selama 10 hari bermula 20 sehingga 29 Jun 2024,” katanya.

Justeru, beliau berharap program ini dapat mencapai maksud dan hasrat khususnya dalam konteks menyambut hasrat kerajaan dalam mentransformasikan Sarawak ke arah negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Uggah juga yakin peserta terpilih adalah yang terbaik dan menambah nilai projek yang dipilih di bawah program tersebut adalah RM200,000 hingga RM2.5 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan