Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan bersama tetamu lain pada Malam Gala Ulang Tahun ke-25 Curtin University di Miri, malam ini. Foto TVS

Curtin University di Miri bakal miliki Pusat Kecemerlangan Digital

ByFebbright James

MIRI, 29 JUN: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM25 juta untuk Curtin University Malaysia, Miri bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan Digital (Digital Centre of Excellence).

Mengumumkan perkara tersebut, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata universiti ini bukan sahaja untuk rakyat Sarawak, bahkan juga untuk pelajar dari negara Asia yang lain.

“Kita telah berupaya menambahkan pendapatan tahun lepas sebanyak RM13.3 bilion dan tahun ini dijangka lebih baik.

“Oleh sebab itu, saya bersetuju untuk menubuhkan pusat baharu untuk Curtin dengan kos bernilai RM25 juta. Pelajar-pelajar kita boleh bergaul dengan pelajar antarabangsa dan belajar bahasa Inggeris dan menambahkan pengalaman mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Gala Ulang Tahun ke-25 Curtin University di sini, malam ini.

Abang Johari berkata cadangan penubuhan pusat baharu di universiti ini adalah atas permintaan Pro-Canselor Curtin University Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

Katanya, Dr George Chan mahu menjadikan universiti ini sebagai pusat data.

“Saya berharap dengan fakulti baharu yang merangkumi kejuruteraan, tenaga, AI (kecerdasan buatan) dan pusat data, ia dapat menarik minat kita untuk belajar dengan lebih mendalam serta meneroka ilmu baru.

“Ini termasuk (menarik minat) rakan-rakan kita dari negara Asia yang lain. Rakyat Sarawak cukup bertuah kerana menjelang tahun 2026 kerajaan akan memberikan pendidikan percuma selagi anda layak masuk ke universiti di Sarawak,” katanya.

Beliau optimis bahawa Curtin University berupaya melahirkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang terutamanya yang berupaya membantu negeri ini menjayakan agenda tenaga bersih dan inisiatif digital. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan