Search
Close this search box.
Impian Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) mara ke saingan separuh akhir Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 tidak kesampaian apabila tumpas 1-3 kepada Thailand. Foto FAM

Bola sepak B-16 ASEAN: Malaysia gagal ke separuh akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Impian Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) mara ke saingan separuh akhir Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 tidak kesampaian apabila tumpas 1-3 kepada Thailand pada aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Manahan, Surakarta, Indonesia hari ini.

Pasukan negara harus menyalahkan diri sendiri selepas gagal mempertahankan jaringan pembukaan Izzuddin Afif pada minit keempat sebelum membenarkan Thailand bangkit meledak tiga gol pada separuh masa kedua.

Jompoon Homboonma mencetuskan detik kebangkitan Thailand apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-74 sebelum pasukan itu berada di depan selang dua minit kemudian menerusi gol Siwakorn Ponsan.

Poramet Laoongdi kemudian menyudahkan satu lagi sepakan penalti untuk melengkapkan kemenangan ke atas Malaysia.

Keputusan mengecewakan itu menyaksikan pasukan kendalian Javier Jorda Ribera gagal layak ke separuh akhir selepas mengakhiri saingan di tempat ketiga dalam peringkat kumpulan dengan tiga mata.

Hanya tiga juara kumpulan dan naib juara terbaik meraih slot ke separuh akhir.

Australia dinobatkan sebagai juara kumpulan C walaupun berkongsi tujuh mata dengan Thailand selepas memiliki jumlah perbezaan gol yang banyak berbanding lawan manakala Timor Leste di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Malaysia membuka tirai saingan di Surakarta dengan bergaya apabila membenam Timor Leste 5-0 pada 23 Jun sebelum tumpas 0-2 kepada Australia, Rabu lepas.

Kali terakhir Malaysia melangkah ke separuh akhir adalah pada edisi 2019 yang menyaksikan mereka muncul juara dengan menang tipis ke atas Thailand 2-1. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan