Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada Dato Seri Setia Awang Erywan. Turut kelihatan, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Tingkat kerjasama Sarawak-Brunei dalam pelbagai aspek

BySaibi Gi

KUCHING, 28 Jun: Rancangan pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan BruneiĀ (STATOB) antara perkara dibincangkan dalam kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei, Dato Seri Setia Awang Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof ke atas Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sarawak-Brunei perkemas kerjasama dua hala | TVS

Kenyataan Pejabat Timbalan Premier Sarawak memaklumkan pertemuan di Wisma Sumber Alam di sini, hari ini yang berlangsung lebih dua jam, bertujuan meningkatkan kerjasama dua hala antara Sarawak dan Brunei dalam pelbagai aspek telekomunikasi, pertanian, pelancongan dan tenaga elektrik.

Isu melibatkan jaringan Lebuhraya Pesisir Utara turut dibincangkan menerusi pertemuan itu.

Turut hadir, Konsul Agung Brunei ke Sarawak Sheikh Abdul Mahdani Sheikh Abdul Gani, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datu Abdullah Julaihi dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Datu Lester Matthew.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan