Search
Close this search box.
Kushairi Abang, Awang Zamhari Awang Mahmood dan Mohamad Sardon Zainal pada sesi kunjungan hormat di Menara Pelita, Kuching, hari ini. Foto TVS

Sarawak Media Group-Jabatan Tanah dan Survei perkukuh kerjasama

KUCHING, 28 Jun: Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group (SMG), Kushairi Abang mengetuai kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Tanah dan Survei, Awang Zamhari Awang Mahmood, hari ini.

Kunjungan hormat di Ibu Pejabat Tanah dan Survei, Menara Pelita di sini, turut disertai Ketua Pegawai Media SMG Mohamad Sardon Zainal.

Kushairi Abang mengetuai kunjungan hormat ke atas Awang Zamhari Awang Mahmood. Foto TVS

Kunjungan hormat itu bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak serta mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai fungsi dan peranan Jabatan Tanah dan Survei dalam pengurusan tanah, sumber asli dan pembangunan wilayah.

Pertemuan ini membuka ruang bagi perbincangan mengenai pelbagai isu berkait antara dua pihak dan inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat di samping mempertingkatkan penyampaian maklumat yang tepat dan menyeluruh kepada orang awam.

Kunjungan ini juga bertujuan membincangkan hala tuju dan kerjasama strategik dalam memperkenalkan pelbagai program serta inisiatif yang diperkenalkan SMG.

Dalam pada itu, Awang Zamhari berharap hasil perbincangan dan kunjungan ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan