Search
Close this search box.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penghargaan Persaraan JHS 2023 di Kuching, malam tadi. Foto, TVS.

Sarawak masih kekalkan lebih 60 peratus liputan hutan

KUCHING, 28 Jun: Sarawak masih mengekalkan lebih 60 peratus liputan hutan daripada keluasan keseluruhan 12.4 juta hektar tanah di wilayahnya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dengan dasar penggunaan tanah yang jelas dimiliki Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mampu melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan lebih baik dan berkesan.

“Usaha ini dilaksanakan bersama 26 unit pengurusan hutan dan tujuh unit pengurusan ladang hutan yang telah dipersijilkan bagi memastikan pengurusan hutan yang lebih mampan dan lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penghargaan Persaraan JHS 2023 di sini semalam.

Tambah beliau, selain itu penggunaan teknologi dalam pengurusan hutan Sarawak perlu dipertingkat agar dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, efisien serta meningkatkan integriti dalam tadbir urus sumber hutan.

“Kerjasama aktif bersama jabatan lain dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di samping pelaksanaan yang kreatif dan inovatif turut penting dalam menjaga hutan-hutan di Sarawak yang merupakan khazanah kepada seluruh masyarakat,” katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan seramai 78 pegawai dan kakitangan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Pengarah Hutan Sarawak Datu Hamden Mohammad berkata, ini termasuk 34 individu yang menerima penghargaan persaraan.

“Segala bentuk inovasi dalam menjalankan tugas-tugas yang mencabar, kecil dan besar tidak akan membawa sebarang makna sekiranya pegawai dan kakitangan di JHS tidak diurus dengan baik termasuk mengabaikan kebajikan dan pengiktirafan sewajarnya kepada mereka,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan