Search
Close this search box.
Hari pertama RWMF turut menyaksikan keberangkatan tiba Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang menyaksikan persembahan dan melawat kawasan festival. Foto, Faitullah Morni (TVS).

RWMF 2024: Tiket hari pertama, kedua habis terjual

ByRegina Lee

KUCHING, 28 Jun: Jualan tiket Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 bagi hari pertama dan hari kedua telah habis dijual, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kata beliau, jualan tiket edisi kali ini juga telah melepasi jualan tahun lepas.

“Penjualan tiket tahun ini sungguh mengagumkan. Saya sendiri pun tidak sangka. Mungkin untuk hari ketiga juga akan habis dijual,” katanya kepada pemberita di Kampung Budaya Sarawak (SCV).

Jualan tiket RWMF 2024 hari pertama, kedua habis terjual | TVS

Hari pertama RWMF turut menyaksikan keberangkatan tiba Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang menyaksikan persembahan dan melawat kawasan festival.

Antara nama besar yang terlibat mengadakan persembahan pada tahun ini termasuklah pemuzik legenda dunia dari Jepun yang pernah memenangi Anugerah Grammy dan Golden Globe,  Kitaro dan penyanyi terkenal, Datuk Zainal Abidin.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, sambutan hangat itu menjadi petunjuk yang baik kepada RWMF tahun ini yang menyaksikan penyertaan dari dalam dan luar negara.

“Festival tahun ini bukan hanya melibatkan orang tempatan kerana ramai dari luar negara seperti Indonesia selain Semenanjung Malaysia yang menghadiri Rainforest Youth Summit (RAYS) 2024. Jadi ini membuatkan suasana lebih meriah,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan