Search
Close this search box.
Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 di Kampung Budaya Sarawak membuka tirai hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

RWMF 2024: Platform pendidikan alam sekitar mampan – Abdul Karim

ByRegina Lee

KUCHING, 28 Jun: Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 dilihat bukan sekadar festival muzik semata-mata namun mampu jadi platform untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, advokasi dan inisiatif alam sekitar mampan menjadi fokus utama penganjuran Rainforest Youth Summit (RAYS) 2024, yang diadakan beberapa hari sebelum RWMF 2024.

RWMF 2024 jadi platform pendidikan alam sekitar mampan | TVS

“Kita anjurkan RAYS 2024 dan bawa masuk 1,000 pemimpin belia dari Asia Tenggara bagi mengikuti persidangan untuk berkongsi pemikiran, idea dan pengalaman mereka dalam melindungi hutan hujan dan pemuliharaan alam sekitar.

“Di sinilah keperluan untuk evolusi generasi muda datang dalam memastikan kemampanan alam sekitar kita terjaga.

“Kami mahu pemimpin muda, bukan sahaja dari Sarawak, tetapi pemimpin dari seluruh Asia Tenggara, berkongsi pandangan sama kerana apabila apabila mereka kembali ke negara masing-masing, mereka dapat menganjurkan perkara yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kampung Budaya Sarawak (SCV) hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Karim berkata, penganjur RWMF 2024 turut mempraktikkan amalan itu dengan melarang penggunaan botol plastik di festival berkenaan.

“Di RWMF 2024, anda boleh lihat pihak penganjur melarang penggunaan botol plastik dan menggalakkan pengunjung mengisi botol air mereka di ‘dispenser’ yang disediakan.

“Ini adalah cara kita untuk mendidik tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar,” katanya.

RWMF yang memasuki edisi ke-27 penganjurannya membuka tirai pada hari ini dengan tema Evolution. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan