Search
Close this search box.
Julia Livan Talek ketika ditemui menceritakan kisah di sebalik keunikan Jakok Kayan. Foto TVS

RWMF 2024: Lelaki Kayan pikat wanita diminati menerusi rokok

KUCHING, 28 Jun: Jika pemuda Kayan meminta seorang wanita menggulungkan rokok daun untuknya, perbuatan itu bermaksud dia sedang meluahkan perasaan sukanya.

Bunyinya kedengaran sedikit pelik namun itulah keunikan komuniti itu ketika meluahkan rasa suka terhadap seseorang secara halus.

Rokok Kayan atau lebih dikenali dengan Jakok Kayan dihasilkan daripada pucuk daun pisang hutan yang telah dikeringkan, kemudian diisi dengan tembakau.

Menurut Julia Livan Talek, ia merupakan amalan generasi terdahulu untuk mengenali seseorang yang diminati di rumah panjang.

“Sekiranya saya bersetuju untuk menggulung rokok, ia bermaksud saya memberikan respon positif kepada lelaki berkenaan,” katanya ketika ditemui semasa Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 di Kampung Budaya Sarawak di sini hari ini.

Julia yang berasal dari Rumah Juman, Sungai Asap di Belaga memberitahu ia merupakan salah satu keunikan yang tersirat di sebalik sebatang Rokok Kayan.

Namun ketika ini, katanya komunikasi halus itu sudah jarang dipraktikan dalam kalangan generasi baharu.

Antara maksud lain yang diterjemahkan menerusi pemberian Jakok Kayan ialah ia melambangkan kerinduan kepada pasangan yang sedang merantau.

“Pada masa dahulu, rokok sangat unik, sebagai contoh bagi pasangan bercinta, apabila teman lelakinya berjauhan, dia akan memberikan daun kepada wanita berkenaan untuk dijadikan rokok sebagai tanda untuk melepaskan rindu,” katanya.

RWMF 2024 yang berlangsung bermula hari ini hingga 30 Jun ini menampilkan pelbagai keunikan dalam kepelbagaian etnik dan suku kaum di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan