Search
Close this search box.
Alena Murang bercakap kepada pemberita selepas menyertai bengkel sempena RWMF 2024 di Kampung Budaya Sarawak, di sini hari ini. Foto, TVS.

RWMF 2024: Alena Murang teruja sertai bengkel di Rumah Panjang bersama pengunjung luar

KUCHING, 28 Jun: Penganjuran Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 bukan sekadar menjadi platform mempersembahkan gabungan muzik kontemporari dan tradisional malah dapat mempromosikan warisan etnik di Sarawak.

Penyanyi dan pemain sape terkenal, Alena Murang berkata, acara tahunan itu turut memberi peluang kepada para pengunjung menyertai bengkel yang mendedahkan mereka dengan budaya di Bumi Kenyalang.

RWMF 2024 medium promosi budaya warisan etnik | TVS

Jelas Alena, dia berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada acara itu yang turut menarik kehadiran pengunjung luar Sarawak.

“(Selain itu saya melihat) kehadiran penyanyi serta peserta yang terlibat dengan persembahan pada edisi kali ini sangat bagus, masing – masing memiliki keistimewaan tersendiri.

“Saya meraih pengalaman unik ketika mempersembahkan lagu Kelabit Call and Response pada bengkel yang dianjurkan sempena RWMF 2024 ini, memang rasa penat tetapi seronok,” katanya.

Alena berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri bengkel sempena RWMF 2024 di Rumah Panjang Iban, Kampung Budaya Sarawak di sini hari ini.

RWMF yang memasuki edisi ke-27 penganjurannya membuka tirai pada hari ini dengan tema Evolution.

Acara ini akan berlangsung sehingga 30 Jun termasuk menampilkan pesembahan pemuzik antarabangsa terkenal, Kitaro dan penyanyi legenda tanah air, Datuk Zainal Abidin.

Sementara itu Alena berharap, peserta yang menyertai bengkel dapat merasai pengalaman berada di rumah panjang sekali gus mengenali budaya masyarakat Dayak di Sarawak.

“Saya harap orang ramai berpeluaang merasai pengalaman ini dan mendalami cara hidup masyarakat Dayak Sarawak dahulu.

“(Aktiviti seperti) menyanyi dan menari bersama – sama di Rumah Panjang (sangat menyeronokan) dan (ini menunjukkan)  betapa muzik sangat bermakna kepada masyarakat,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan