Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai hadir merasmikan Pesta Adet Saviek Kajang di Long Liten di sini hari ini. Foto, Akma Salleh (TVS).

Pesta Adet Saviek Kajang tonjol keunikan suku minoriti di Sarawak

ByAkma Salleh

BELAGA, 28 Jun: Penganjuran Pesta Adet Saviek Kajang di sini membantu mempromosikan keunikan masyarakat minoriti itu wilayah ini.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai berkata, terdapat warisan dan adat budaya unik sesetengah kaum masih diamalkan hingga ke hari ini.

Jelas beliau, Sarawak merupakan wilayah yang kaya dengan kepelbagaian, keunikan sejarah dan adat yang menjadi lambang identiti kebanggaan rakyat Bumi Kenyalang.

“Menerusi penganjuran pesta (seperti) hari ini, ia merupakan acara yang cukup bersejarah kerana bukan saja melambangkan semangat perpaduan tetapi juga mempamerkan keunikan minoriti kita yang menjadi contoh kepada negeri lain.

“(Oleh itu) kepelbagaian ini perlu dipelihara, dikekalkan dan (seterusnya) dikembangkan untuk dinikmati generasi kini dan akan datang malah akan dapat membantu dalam meningkatkan sumber pendapatan dan sosioekonomi penduduk melalui sektor pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Adet Saviek Kajang di Long Liten di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Digital yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Pesta Adet Saviek Kajang diadakan selama empat hari bermula semalam dan berakhir 30 Jun ini.

Tahun ini, rumah panjang Long Liten telah dipilih untuk menganjurkan acara itu selepas ia buat kali pertama diadakan oleh Persatuan Kajang di Long Segaham pada 2022.

Sementara itu, John Sikie berkata, sama seperti etnik lain, kaum Kajang juga mempunyai perayaan tersendiri.

“Seperti yang kita tahu, Hari Gawai merupakan pesta menuai yang disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh sebagai tanda kesyukuran dengan rezeki padi yang dikurniakan setiap tahun.

“Begitu juga dengan kaum Kajang, mereka meraikan pesta menuai dengan mengadakan Pesta Saviek ini,” katanya.

Menurut John Sikie, walaupun tidak ramai penduduk menanam padi di Belaga, namun Pesta Saviek perlu diteruskan.

“Kalau dulu, masyarakat Kajang akan menjamu orang ramai dengan pelbagai hidangan dan persembahan seperti ngajat ngelezyeang bavui.

“Setelah majoriti penduduk memeluk Kristian selepas kedatangan mubaligh Kristian pada 1970-an, Pesta Saviek tidak lagi diadakan namun pada 2022 Kerajaan Sarawak telah membantu menghidupkan semula sambutan pesta kaum Kajang ini,” katanya.

Pada majlis itu, John Sikie turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Kajang, iaitu RM20,000 untuk kegunaan Jawatankuasa Kemajuan Kampung serta masing-masing RM15,000 kepada kaum wanita dan belia di rumah Kejaman Long Liten Belaga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan