Search
Close this search box.
Ramanan bercakap kepada pemberita selepas hadir Majlis Penyerahan Cek Program Pembiayaan BRIEF-i di Dewan Tun Abdul Razak (DTAR), Menara Kembar Bank Rakyat di sini hari ini. Foto, Adlina Rahman (TVS).

Permohonan dana BRIEF-i di Sarawak masih rendah – KUSKOP

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Permohonan dana pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) di Sarawak ketika ini masih rendah.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, setakat ini hanya dua permohonan diterima dan diproses.

Ujar beliau, faktor yang menyebabkan perkara itu ialah kerana usahawan di Sarawak memerlukan bantuan yang berbeza berbanding dengan di Semenanjung Malaysia.

“Permintaan agak berbeza kerana mereka memerlukan bantuan yang besar (namun) mereka (usahawan di Sarawak) maju kerana mempunyai ekosistem (tersendiri) untuk membangunkan perniagaan.

“Oleh itu, sekiranya hendak ke tahap yang lebih tinggi, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memerlukan bantuan yang khusus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Majlis Penyerahan Cek Program Pembiayaan BRIEF-i di Menara Bank Rakyat di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan ketua pegawai eksekutif bank berkenaan, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman.

Mengulas lanjut mengenai pembangunan usahawan di Sabah dan Sarawak, Ramanan berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa menyokong kumpulan berkenaan di kedua – dua wilayah berkenaan yang selari dengan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu beliau memaklumkan KUSKOP menerusi Bank Rakyat menyasarkan pembiayaan RM50 juta diluluskan kepada peminjam menerusi BRIEF-i  menjelang Ogos depan.

Ketika ini kata Ramanan sebanyak 135 permohonan sedang diproses membabitkan jumlah pembiayaan sebanyak RM5.7 juta.

Berhubung dana sana, beliau meminta agar pihak tertentu tidak menjadikan BRIEF-i sebagai sentimen perkauman apabila mempersoalkan keperluan sijil halal untuk mendapatkan dana itu.

“Bank Rakyat merupakan sebuah bank Islam. Kalau kita pergi ke mana-mana bank pun sama, peraturan tak tukar. Dia (Bank Rakyat) adalah sebuah koperasi yang menjadi bank hari ini.

“Jadi saya nak nasihatkan individu yang tidak bertanggungjawab ini, jangan tularkan benda ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan