Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah bersama pimpinan dan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada persidangan di Kuching, hari ini. Foto TVS

Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak beri khidmat lebih berkualiti

KUCHING, 28 Jun: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah menyambut baik cadangan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di Sarawak.

Menurutnya, penubuhan jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu diyakini berupaya memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat berhubung kebajikan kanak-kanak.

“Itu perancangan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, di setiap negeri akan ditubuhkan dan menerusi laporan di surat khabar, jabatan tersebut akan ditubuhkan di setiap negeri dan ini termasuklah di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi perkongsian beliau tentang fungsi kementeriannya pada Persidangan Pandu Puteri Malaysia 2024 di sini, hari ini.

Pada 1 September 2023, Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ditubuhkan bagi menggantikan Bahagian Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mengenai persidangan itu, 300 orang ahli Pandu Puteri dari seluruh Malaysia berhimpun di sini bagi menghadiri Persidangan Pandu Puteri dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-59, Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2024 yang berlangsung bermula 27 hingga 29 Jun ini.

Kemuncak persidangan Pandu Puteri bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 29 Jun yang dijadual dirasmikan Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan