Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun berputih mata apabila wang miliknya sebanyak RM177,700 lesap selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan phone scam yang menyamar pihak berkuasa semalam. Foto hiasan Envato

Pegawai NGO serah maklumat bank rugi RM177,700

IPOH, 28 Jun: Seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun berputih mata apabila wang miliknya sebanyak RM177,700 lesap selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan phone scam yang menyamar pihak berkuasa semalam.

Mangsa yang juga pegawai khidmat masyarakat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Taiping dikatakan mula terjerat selepas menerima panggilan telefon daripada individu kononnya dari Kementerian Komunikasi kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 12 Jun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa dimaklumkan dia perlu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kerana akaun banknya didapati terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Katanya, mangsa memberitahu suspek bahawa dia tidak dapat hadir ke IPD Ipoh sambil menafikan terbabit dalam kegiatan berkenaan.

“Kamudian, panggilan disambungkan kepada suspek kedua mendakwa pihak polis sambil mangsa diberitahu dia dapat membantu dalam kes itu, dengan syarat mangsa harus memberikan nombor kad bank dan nombor pin untuk semakan.

“Suspek juga meminta nombor OTP (kata laluan sekali waktu) dan diberitahu wang daripada akaun mangsa akan dipindahkan, namun mendakwa ia tidak akan hilang dan akan dikembalikan setelah siasatan selesai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Yusri menambah, akibat cemas dan ketakutan terhadap panggilan berkenaan, mangsa telah menurut segala arahan ‘polis’ tersebut.

“Bagaimanapun, dia telah pergi ke cawangan Bank OCBC Taiping kira-kira pukul 10 pagi semalam untuk membuat semakan dan mendapati wangnya telah berkurangan.

“Terdapat lima kali transaksi mencurigakan telah berlaku melibatkan jumlah RM177,700 ke dalam lima akaun berbeza,” katanya lagi.

Ujar beliau, mangsa kemudiannya cuba menghubungi suspek, namun gagal sebelum menyedari dia sebenarnya ditipu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan