Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong hadir pada Pesta Adet Saviek Kajang di Long Liten di sini, hari ini. Foto, Facebook Datuk Wilson Ugak Kumbang.

Malaysia dijangka beralih kepada pendigitalan sepenuhnya tahun depan – Wilson Ugak

ByAkma Salleh

BELAGA, 28 Jun: Rakyat Malaysia dijangka akan beralih sepenuhnya kepada pendigitalan pada tahun depan kata Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Menurut beliau, proses pendigitalan secara total itu selaras dengan perubahan zaman.

Di pihak Kementerian Digital jelas beliau, tiga teras utama iaitu kerajaan digital, ekonomi digital dan masyarakat digital juga sedang diperkukuhkan.

“Ini bermakna pada 2025 semua sistem kerajaan dan perkhidmatan di Malaysia akan menggunakan digital.

“Saya percaya ini akan menyusul bukan hanya kepada pegawai pentadbiran, pegawai masyarakat tetapi juga kepada mereka yang berada di pedalaman termasuk di rumah panjang, mereka perlu tahu apa itu digital,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Adet Saviek Kajang di Long Liten di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai.

Mengulas lanjut, Wilson Ugak berkata, pendigital perlu diberi perhatian serius kerana ia akan mengubah nasib rakyat.

“Sistem ini bukan sahaja di bandar tetapi di kampung dan rumah panjang. Kita harus belajar supaya kita dapat menikmati dan melakukan anjakan dalam ekonomi digital,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan