Search
Close this search box.
Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit kemalangan di Bintangor pagi tadi. Foto BBP Bintangor

Kepala mangsa tersepit antara pintu kereta dan dinding parit

BINTANGOR, 28 Jun: Seorang wanita maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan KJD Batu Wong pagi tadi.

Insiden pada kira -kira jam 7.10 pagi mengakibatkan kenderaan mangsa yang berusia 31 tahun itu terbabas sebelum terbalik di bahu jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk operasi penyelamatan.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati mangsa masih terperangkap dalam kereta itu. Kepala mangsa tersepit antara pintu dan dinding parit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nicholas berkata, keadaan itu menyebabkan operasi mengeluarkan mangsa sukar dan terpaksa dilakukan dengan berhati-hati.

Bagaimanapun katanya, sebaik sahaja berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis. Kita juga melakukan pemantauan susulan bagi memastikan lokasi kejadian benar-benar selamat untuk dilalui kenderaan lain,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan