Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta yang lain pada sesi kunjungan hormat di Kuching, semalam.

Hubungan erat Brunei-Sarawak diperkukuh menerusi kerjasama sosioekonomi

ByKimberly Dickson

KUCHING, 28 Jun: Hubungan erat Sarawak dan Brunei terus diperkukuh menerusi pelbagai kerjasama termasuk sosioekonomi, kata Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof.

Menurutnya, kunjungan hormat rombongannya ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah untuk membincangkan mengenai kerjasama lebih erat dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang tidak menentu.

“Kunjungan ini adalah untuk membincangkan bagaimana kita (Sarawak dan Brunei) dapat bergandingan menghadapi dunia yang tidak menentu bagi meningkatkan kerjasama ekonomi, hubungan masyarakat di kedua-dua wilayah dan hubungan rentas sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas kunjungan hormat yang turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata kunjungan hormat itu juga adalah sempena ulang tahun Sambutan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik ke-40 Brunei dan Malaysia.

Baru-baru ini, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan lawatan rasmi pertama selama tiga hari (23 hingga 25 Jun 2024) ke Brunei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan