Search
Close this search box.
Keadaan kereta jenis Proton Wira yang terlibat dalam kemalangan di KM24 Jalan Renggam - Simpang Renggam, dekat sini, mengakibatkan empat sekawan yang menaiki kereta itu meninggal dunia. Foto Bernama

Empat maut kereta dinaiki terbabas, langgar tiang elektrik

ByBernama

KLUANG, 28 Jun: Empat maut apabila kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas, lalu melanggar tiang elektrik di KM24 Jalan Renggam-Simpang Renggam, dekat sini, 12.18 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata Muhammad Adib Ahmad Shahfarin, 21, Muhammad Ziyad Azmi, 21, dan Ahmad Manan Zaini, 21, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan kepala, manakala Nor Aminul Fitri Nor Azmi, 21, yang turut parah pada bahagian kepala dan badan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata 14 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan satu unit jentera Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan empat mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas, tiga mangsa yang maut di lokasi diserahkan kepada polis.

“Seorang mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke HEBHK dan operasi ditamatkan pada pukul 1.13 pagi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan