Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya dua penumpang terbunuh dan puluhan cedera dalam kejadian kereta api tergelincir di utara Rusia. Foto hiasan Envato

Dua terbunuh, puluhan cedera dalam nahas kereta api tergelincir di Rusia

ByBernama

MOSCOW, 28 Jun: Sekurang-kurangnya dua penumpang terbunuh dan puluhan cedera dalam kejadian kereta api tergelincir di utara Rusia, kata pengendali kereta api negara itu pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Menurut pihak berkuasa, kemalangan itu berlaku pada Rabu malam di Republik Komi, Rusia, mengakibatkan sembilan daripada 14 gerabak tergelincir dan terbalik berhampiran Bandar Inta.

Russian Railways berkata dua mayat ditemukan di lokasi kemalangan dan seorang lagi masih hilang.

Sementara itu, agensi berita Interfax yang memetik maklumat diberikan perkhidmatan kecemasan, melaporkan bahawa sehingga 50 orang cedera, dengan beberapa orang parah.

Kira-kira 200 penumpang dan 20 kru berada di dalam kereta api itu pada masa kemalangan. Punca kejadian dipercayai disebabkan oleh landasan yang terjejas selepas hujan lebat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan