Search
Close this search box.
Peta menunjukkan jalan di pusat bandar raya Kuching yang ditutup dan dilencongkan sempena Sarawak Harmony Walk 2024. Foto PDRM

Beberapa jalan ditutup sempena Sarawak Harmony Walk

ByKimberly Dickson

KUCHING, 28 Jun: Beberapa jalan di bandar raya ini akan ditutup dan dilencongkan bagi memberi laluan kepada program Sarawak Harmony Walk 2024 yang akan berlangsung pada Sabtu ini (29 Jun) di Padang Merdeka di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata laluan tersebut akan ditutup bermula 6 pagi sehingga program tersebut tamat dijangka pada 10 pagi.

Antara jalan terlibat ialah Jalan Tun Abang Haji Openg lampu isyarat RTM menghala ke Padang Merdeka, Jalan Haji Taha menghala ke Jalan Market dan lampu isyarat St Mary menghala ke Jalan McDougall.

Selain itu, lampu isyarat Jalan Pearl dan Jalan Wawasan dan Jalan Temple hadapan kuil Tua Pek Kong juga akan ditutup.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan dan merancang perjalanan dengan memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan,” katanya menerusi kenyataan.

Pengunjung disaran menggunakan laluan alternatif. Kenderaan yang melalui Jalan Tabuan dari arah Jalan Simpang Tiga dinasihatkan bergerak ke Jalan Central Timur atau melalui Jalan Ban Hock untuk mengelakkan kesesakan di lokasi penutupan lampu isyarat Jalan McDougall.

Kenderaan dari arah Jalan Haji Taha dinasihatkan membuat pusingan ‘U’ di bulatan Masjid Bahagian manakala kenderaan yang datang dari arah Jalan Padungan dinasihatkan membuat pusingan di Jalan Abell atau Jalan Borneo bagi mengelakkan kesesakan di Jalan Temple.

Orang awam dan peserta dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan di beberapa kawasan seperti berikut, Medan Pelita, Plaza Aurora, Plaza Merdeka, Hikmah Exchange, Kompleks Islam Sarawak dan tempat letak kenderaan di Muzium Kebudayaan Borneo.

Sarawak Harmony Walk 2024 yang disertai seramai lebih kurang 5,000 peserta akan bermula dan tamat di Padang Merdeka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan