Search
Close this search box.
Seramai 21 peserta dari Sarawak dan Sabah menyertai pertandingan akhir Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024 kali pertama yang bakal berlangsung pada 30 Jun ini. Foto TVS.

21 ratu sertai Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024

KUCHING, 28 Jun: Seramai 21 peserta dari Sarawak dan Sabah menyertai pertandingan akhir Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024 kali pertama pada 30 Jun ini.

Wakil penganjur Kimi Tomas berkata, pertandingan itu mampu menjadi platform bagi ratu cantik di Borneo untuk mempromosikan budaya mereka kepada dunia luar.

Jelasnya, acara berkenaan juga dapat memberi inspirasi kepada peserta untuk melangkah lebih jauh untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa.

“Saya berharap selepas ini ramai lagi orang kita yang berani untuk mempromosikan budaya Sabah dan Sarawak yang sangat unik, kita tidak perlu berasa takut dan malu,” katanya selepas penyerahan sijil penyertaan kepada peserta di sini hari ini.

Pemenang akan mewakili wilayah Borneo ke peringkat kebangsaan pada Ogos depan dengan pemenang seterusnya akan mewakili Malaysia di Atlanta, Amerika Syarikat.

Pertandingan Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024 mempertandingkan tiga kategori iaitu untuk umur 18 hingga 29 tahun, 30 hingga 44 tahun dan kategori umur 45 tahun dan ke atas. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan