Search
Close this search box.
Seramai 17 individu kebanyakannya anggota tentera telah ditahan di Bolivia kerana peranan mereka dalam cubaan rampasan kuasa yang gagal. Foto AFP

17 ditahan selepas cubaan rampasan kuasa di Bolivia

ByBernama

LA PAZ, 28 Jun: Seramai 17 individu kebanyakannya anggota tentera telah ditahan di Bolivia kerana peranan mereka dalam cubaan rampasan kuasa yang gagal, kata Menteri Kerajaan Eduardo del Castillo pada Khamis.

Pada Rabu, ratusan tentera yang diketuai oleh Jeneral Juan Jose Zuniga telah berarak ke Dataran Murillo, pusat kuasa politik Bolivia dan cuba menyerbu Istana Kerajaan lama dalam kudeta terhadap Presiden Luis Arce.

Menurut del Castillo, siasatan menunjukkan perancangan kudeta itu bermula pada Mei dan ia didalangi oleh tiga kumpulan, termasuk kumpulan “persiapan dan perancangan” yang diketuai oleh Zuniga dan Naib Laksamana Juan Arnez, yang telah ditahan pada Rabu malam.

Anggota kumpulan kedua “organisasi dan koordinasi” ditahan pada Khamis dan kumpulan ketiga, yang digambarkan oleh del Castillo sebagai “yang paling ganas”, bertanggungjawab memasuki Dataran Murillo dengan menggunakan kereta kebal dan senjata tentera terhadap rakyat Bolivia, lapor Xinhua.

Polis sedang mengesan tiga tentera yang kini menjadi pelarian. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan