Search
Close this search box.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan hadir Majlis Peluncuran Road to Lyon 2024 di Cyberjaya, Selangor malam ini.

15 belia wakili Malaysia ke Pertandingan Kemahiran Dunia di Perancis

BySalasiah Safian

CYBERJAYA, 28 Jun: Seramai 15 orang belia akan bertanding mewakili Malaysia dalam 14 bidang pada Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) di Lyon, Perancis.

Jabatan Pembangunan Kemahiran,Kementerian Sumber Manusia berkata, mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Institusi Latihan Kemahiran Awam serta institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.

Jelas jabatan itu, kerajaan berharap penyertaan negara ke pertandingan itu akan dapat membuktikan kepada dunia bahawa belia Malaysia mempunyai tahap kemahiran yang cemerlang setaraf dengan belia di negara maju.

“Penyertaan dalam pertandingan kemahiran peringkat antarabangsa ini dijangka dapat memberikan pulangan yang besar kepada usaha pembangunan tenaga mahir negara.

“Pendedahan kepada teknologi-teknologi terkini yang diaplikasikan di peringkat dunia akan menjadi penanda aras kepada pemain-pemain Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara untuk memantapkan kandungan latihan yang ditawarkan di institusi TVET,” kata kenyataan tersebut.

Selain itu, pertandingan kemahiran juga menjadi platform bagi mengiktiraf tahap kemahiran belia dan pelajar dalam bidang TVET seterusnya memartabat dan mempromosi TVET Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, kerajaan juga telah menyediakan insentif sebanyak RM40,000 kepada pemenang pingat emas, RM20,000 (pingat perak) dan pemenang gangsa sebanyak RM10,000.

Peserta yang mencapai Medallion for Excellence akan menerima RM4,000.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata,WSC boleh dianggap sebagai Sukan Olimpik bagi TVET.

“Sebanyak 14 bidang kemahiran akan disertai dan seramai 15 orang belia mahir negara akan membawa nama Malaysia ke pertandingan yang paling berprestij ini.

“Dalam kata lain saya selalu kata ini merupakan olimpik untuk TVET seluruh dunia. Kontinjen kita merupakan kontinjen bertaraf Olimpik,” katanya ketika berucap di Majlis Peluncuran “Road to Lyon” di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

WSC 2024 akan berlangsung di Lyon, Perancis bermula 7 hingga 16 september 2024. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan