Search
Close this search box.
Mangsa berusia 62 tahun itu telah dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi. Foto JBPM Sarawak

Warga emas cedera, kereta terbalik kemalangan kendiri di Jalan Tun Jugah

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 27 Jun: Seorang warga emas cedera ringan selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbalik atas jalan raya dalam kemalangan kendiri diĀ  Lorong Kempas 12, Jalan Tun Jugah, di sini semalam.

JurucakapĀ Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bergerak ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan berhubung insiden itu sekitar jam 10.12 malam.

“Tiba di lokasi kejadian, pasukanĀ bomba mendapati berlaku kemalangan kendiriĀ melibatkan sebuah kereta terbalik atas jalan raya.

ā€œMangsa berusia 62 tahun itu telah dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

ā€œUnit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberi rawatan awal seterusnya mangsa dihantar ke Borneo Medical Centre (BMC) atas permintaan keluarga mangsa,ā€ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Operasi tamat pada jam 10.53 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan