Search
Close this search box.
Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia menegaskan pemahaman tentang Garis Panduan Komuniti platform media sosial perlu ditingkatkan agar kandungan tidak dialih keluar. Foto hiasan AFP

Pemahaman tentang Garis Panduan Komuniti platform media sosial harus dipertingkat – TikTok

ByBernama

PUTRAJAYA, 27 Jun: Pemahaman tentang Garis Panduan Komuniti platform media sosial perlu ditingkatkan agar kandungan tidak dialih keluar, kata Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia Anuar Fariz Fadzil.

Beliau berkata pelanggaran kepada Garis Panduan Komuniti akan menyebabkan kandungan yang melanggar garis panduan itu akan dialih keluar atau dihadkan kelayakan selepas ditapis kecerdasan buatan (AI).

“Contoh (kandungan) mengenai dadah, pornografi atau (perkara) yang mengundang mudarat. TikTok telus dengan Garis Panduan Komuniti dan kandungan akan diturunkan jika melanggar garis panduan atau laporan tentang kandungan bertentangan dengan garis panduan serta undang-undang negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas sesi From Rules to Reels: Compliance and Engagement on TikTok for Government Agencies di Seminar Media Sosial untuk Kementerian dan Agensi Kerajaan 2024 (SOCIALGOV), di sini.

Anuar berkata banyak masalah timbul memandangkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai Garis Panduan Komuniti platform media sosial masih rendah.

“Masalah terbesar ialah kesedaran mengenai Garis Panduan Komuniti. Masalah timbul mungkin dengan tidak sengaja melanggar garis panduan itu. Contohnya, pada sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, (kandungan) ada darah dan pisau membuatkan AI fikir ada masalah. Tapi setelah memahami maksud itu, kandungan diteruskan,” katanya.

Justeru, Anuar menjelaskan, TikTok bersedia untuk mengadakan libat urus dengan kementerian dan agensi berkaitan untuk tujuan tersebut.

Seminar yang julung kalinya dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu dihadiri seramai 260 peserta bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan media sosial serta mengoptimumkan kandungan dan maklumat kerajaan agar media sosial rasmi kerajaan lebih telus.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found