Search
Close this search box.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan menambah baik reka bentuk sedia ada bagi melambangkan motif Harimau pada jaket rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024. Foto Media sosial

MY Creative Moments mohon maaf kelemahan majlis pelancaran pakaian rasmi kontinjen negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Penganjur sambutan Hari Olimpik Sedunia 2024, MY Creative Moments tampil memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul pada majlis pelancaran pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 di sebuah pusat beli-belah di sini, Ahad lepas.

Pengarah Urusannya, Wong Kang Woon dalam satu kenyataan hari ini memohon maaf kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementerian Belia dan Sukan serta peminat sukan negara atas sebarang kekeliruan yang timbul pada majlis pelancaran tersebut.

Pakaian diperkenalkan tidak digunakan untuk perbarisan Olimpik Paris – Hannah

“Kami mengakui kesilapan kami dan mengambil tanggungjawab atas sebarang cacat cela dalam pengurusan dan penganjuran acara itu serta ulasan daripada peminat dan netizen yang menjejaskan imej MOM secara keseluruhan.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada MOM dan kontinjen Malaysia,” katanya.

My Creative Moments sebagai pihak ketiga diberikan hak menganjurkan sambutan tersebut di Kuala Lumpur dengan sokongan MOM.

Susulan majlis pelancaran tersebut, rata-rata peminat sukan tanah air di media sosial meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap rekaan itu yang didakwa sedikit terbelakang dan tidak membangkitkan semangat berbanding pakaian rasmi digunakan kontinjen negara sebelum ini.

Malah, netizen juga mengkritik penggunaan patung mannequin bagi memperagakan pakaian rasmi tersebut berupa baju berkolar, baju T dan jaket, pada sesi pelancaran bersempena sambutan Hari Olimpik Sedunia 2024.

Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan