Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato.

Mecha-Tech Connects platform perkasa sektor pertanian

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 27 Jun: Program Mecha-Tech Connects berupaya menjadi platform dalam memperkasakan mekanisme dan teknologi dalam sektor pertanian.

Ketua SD Guthrie Agri Bio, Mohamed Abd Samad berkata, acara yang pertama kali dianjurkan di negara ini bertujuan untuk mengumpulkan pemain dari syarikat minyak kelapa sawit untuk berkongsi kemajuan teknologi dan menggalakkan kerjasama dalam industri.

“Forum ini memberi peluang kepada SD Guthrie Agri Bio memperkenalkan mesin pertanian terkini.

“Menerusi forum ini juga, panel pakar akan berkongsi mengenai masa hadapan pertanian, sekaligus menekankan bagaimana mekanisme dan kemajuan teknologi boleh mendorong peningkatan yang signifikan dalam amalan pertanian,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pendekatan kolektif ini adalah penting dalam membentuk masa depan pertanian yang lebih inovatif dan tahan lama.

Ia juga bertujuan memupuk komuniti dalam pembahagian pengetahuan dan pengalaman untuk memacu kemajuan yang bermakna dalam industri pertanian.

Selain pemain industri dalam minyak kelapa sawit, Mecha-Tech Connects yang berlangsung pada Isnin di Pulau Carey, Selangor juga menarik kehadiran pihak berkepentingan seperti NIOSH, MPOB dan Agrobank. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan