Search
Close this search box.
Majlis Makan Malam Bersama Yang Amat Berhormat Premier Sarawak Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke - 124 di sebuah hotel di sini pada Khamis. Foto Faitullah Morni (TVS)

Khutbah dalam Bahasa Inggeris di Sarawak tidak menyeluruh – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 27 Jun: Penggunaan Bahasa Inggeris dalam penyampaian khutbah solat Jumaat di negeri ini tidak dilaksanakan di semua masjid, sebaliknya hanya melibatkan kawasan tertentu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penggunaan Bahasa Inggeris dalam khutbah bertujuan bagi memastikan penyampaiannya lebih berkesan terhadap golongan mualaf yang kurang fasih dengan Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia.

Menurut Abang Johari, pihaknya menyangkal tanggapan serong sesetengah pihak yang beranggapan bahawa negeri ini mengagung-agungkan bahasa itu.

“Apabila kita mempunyai kelompok mualaf yang memilih Islam sebagai agama mereka, maka kita kena hendaklah berdakwah sedikit dan kita gunakan Bahasa Inggeris, tetapi bukan di semua masjid, hanya di kawasan tertentu supaya mereka yang tidak fasih Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia dapat faham sedalam-dalamnya.

“Kita guna Bahasa Inggeris dalam khutbah bukan bermakna orang Sarawak mendewakan bahasa itu kerana ada yang beranggapan Bahasa Inggeris adalah bahasa kolonial. Sebenarnya Bahasa Inggeris merupakan lingua france dunia dan masyarakat Islam perlu menguasai banyak bahasa,” kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Yang Amat Berhormat Premier Sarawak Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke – 124 di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Majlis turut menyaksikan Abang Johari menyantuni 200 tetamu yang hadir dengan turut menyampaikan cenderamata kepada ahli-ahli MKI, timbalan-timbalan mufti negeri dan pengarah-pengarah bahagian pentadbiran agama.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar

Dalam pada itu, Abang Johari dalam ucapannya menekankan aspek keadilan yang perlu diterjemahkan sebaik mungkin oleh pemerintah kepada semua termasuk masyarakat bukan Islam.

Abang Johari menjelaskan, keyakinan masyarakat Islam dan bukan Islam perlu wujud bagi memudahkan kerajaan menjalankan tugas.

“Keyakinan rakyat sama ada masyarakat Islam dan bukan Islam mestilah bertapak, selepas itu barulah kita dapat menjalankan tugas kita sebagai ummah yang terpilih.

“Di Sarawak kita berpegang teguh dengan hikmah dalam menjalankan tugas kita supaya keharmonian itu wujud dan kota dapat membangunkan ummah,” tegas beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan