Search
Close this search box.
Polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai satu perhimpunan yang akan diadakan Tempat Letak Kereta Awam, berhadapan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya Sabtu ini kerana ia tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi. Foto PDRM

Jangan sertai perhimpunan di Putrajaya Sabtu ini, tindakan tegas menanti – Polis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai satu perhimpunan yang akan diadakan Tempat Letak Kereta Awam, berhadapan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya Sabtu ini kerana ia tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyertai sebarang perhimpunan berkenaan, kerana ia tidak mendapat kebenaran pemilik tanah iaitu Perbadanan Putrajaya seperti ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman (Akta 736).

Beliau berkata polis menerima satu surat pemberitahuan daripada pihak penganjur pada 14 Jun untuk menganjurkan perhimpunan berkenaan, namun pemilik lokasi tidak memberi kebenaran untuk aktiviti itu.

“Tuan tanah (iaitu Perbadanan Putrajaya) tidak membenarkan perhimpunan berkenaan dan kita menasihati penganjur yang menggelarkan diri sebagai ‘Demi Negara’, untuk tidak meneruskan perhimpunan.

“Kalau mereka teruskan juga, polis akan facilitated seperti menempatkan anggota polis di kawasan perhimpunan,” katanya dalam Sidang Media Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini hari ini.

Rusdi berkata pihaknya juga mengesan satu video tular berdurasi 3 minit 41 saat di aplikasi Tiktok, yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan berkenaan dan polis sedang menyiasat individu yang menjadi pendukung perhimpunan itu.

Beliau berkata pihak polis telah menerima 85 laporan berhubung isu itu dan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan