Search
Close this search box.
Indonesia mula mengalami kemarau dengan gelombang haba dijangka berlaku dalam tempoh empat bulan akan datang. Foto David Andreas (TVS )

Gelombang panas landa Indonesia mulai Julai – Oktober

ByTVS

JAKARTA, 27 Jun: Indonesia mengeluarkan amaran gelombang panas dan kemarau dijangka berlaku selama empat bulan bermula Julai depan.

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata keadaan cuaca ini akan mendatangkan pelbagai masalah dan menjejaskan kesihatan secara langsung.

Menurut laporan dari Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), gelombang haba ini dijangka berlaku pada bulan Julai, Ogos, September, dan Oktober.

“Hampir semua negara di dunia terjejas akibat gelombang haba dan kemarau yang berpanjangan sehingga ita harus bersedia, terutama kerana keadaan ini akan menjejaskan ketersediaan makanan di Indonesia,” kata Jokowi.

Jokowi juga memberitahu bahang kemarau terbabit akan menyebabkan banyak negara mengalami kemerosotan pengeluaran beras termasuk usaha mengeksport beras yang kini digunakan untuk keperluan sendiri sebagai persediaan menghadapi keadaan berkenaan.

Untuk mengurangi kesan buruk, kerajaan Indonesia akan mengagihkan puluhan ribu unit pam di seluruh negara yang akan dipasang di sumber air yang besar dan dialirkan ke ladang petani agar sawah padi tidak mengalami kemarau.

Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan kekerapan penuaian dan memastikan pengeluaran makanan dapat diteruskan.

Sebanyak 20,000 unit pam akan diagihkan pada peringkat awal, dan jumlah ini akan ditingkatkan kepada sekitar 70,000 unit. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan