Search
Close this search box.
Masjid Jamek Sarawak. Foto TVS

Enam menara dibina di Masjid Jamek Sarawak, seperti seni bina Masjid Nabawi

KUCHING, 27 Jun: Enam menara baharu bakal dibina di perkarangan Masjid Jamek selepas menara tunggal yang berketinggian 99 meter di sini dirobohkan.

Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai berkata projek itu bertujuan untuk menambah baik prasarana di masjid berkenaan.

Menurutnya projek pembinaan projek terbabit akan mengikut reka bentuk dan konsep struktur binaan Hagia Sophia di Istanbul, Turki dan Masjid Nabawi di Madinah seperti yang diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai. Foto TVS

“Satu menara dirobohkan, dan enam menara baharu akan dibina, empat menara utama dan dua menara kecil.

“Ia (struktur) binaan akan berkonsepkan menara Masjid Nabawi dan Hagia Sophia di Istanbul, Turki, kita lihat bagaimana kedudukannya, sangat dekat dengan masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat LAKMNS di Bangunan Baitulmakmur 2 di Kuching pada Khamis.

Bagaimanapun pelan menaik taraf masjid terbabit sedang menunggu kelulusan daripada pihak dan agensi berkaitan termasuk Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Kelulusan reka bentuk dijangka mengambil masa dalam dua hingga tiga bulan yang melibatkan beberapa agensi seperti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Unit Perancangan Negeri (SPU) dan CAAM kerana ia melibatkan limitasi ketinggian struktur binaan, jadi kita perlu mendapatkan kepastian daripada mereka,” katanya.

Mengulas mengenai usaha merobohkan menara, Abdul Wahab berkata kerja-kerja tersebut akan berjalan dalam tempoh enam hingga tujuh bulan yang dijangka selesai awal tahun depan.

Setakat ini proses menurunkan menara terbabit sudah pun mencapai kemajuan kira-kira 20 peratus dan kawasan sekeliling dipagar bagi memastikan kelancaran kerja di lapangan sekali gus mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Abdul Wahab turut memberitahu infrastruktur dan fasiliti Masjid Bandaraya Kuching turut ditambah baik dengan konsep lebih mesra alam dan mesra pengguna.

Katanya ia melibatkan kerja-kerja pengindahan serta meningkatkan kemudahan kepada semua jemaah, termasuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)

-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan