Search
Close this search box.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) pada Rabu berkata satu perjanjian telah dicapai dalam kes dakwaan penyelewengan US$4.5 bilion daripada dana kekayaan negara yang dikenali sebagai 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Foto 1MDB

DOJ dapatkan semula US$100 juta dalam kes perampasan sivil berkaitan 1MDB

ByBernama

WASHINGTON, 27 Jun: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) pada Rabu berkata satu perjanjian telah dicapai dalam kes dakwaan penyelewengan US$4.5 bilion daripada dana kekayaan negara yang dikenali sebagai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perjanjian itu melibatkan Low Taek Jho atau Jho Low, ahli keluarganya dan entiti amanah yang ditubuhkan oleh Low. Ia termasuk perampasan sivil lebih US$100 juta.

DOJ berkata sebelum perjanjian itu, lebih US$1.4 bilion aset yang dikaitkan dengan skim itu telah dikembalikan kepada Malaysia, lapor Agensi Berita berpangkalan di Amerika Syarikat, United Press International (UPI).

“Pihak Low juga telah bersetuju untuk bekerjasama dalam pemindahan ke Malaysia bagi aset tertentu yang berada di Hong Kong, Switzerland, dan Singapura yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Di bawah perjanjian ini, jabatan ini akan menyelaras dengan rakan kongsi asing untuk memudahkan penjualan dan pemulangan aset ini kepada Malaysia,” kata DOJ dalam satu kenyataan.

DOJ yang merujuk kepada aduan perampasan sivil, berkata: “Dari 2009 hingga 2015, lebih daripada US$4.5 bilion dana milik 1MDB didakwa diselewengkan oleh pegawai tinggi 1MDB dan sekutu mereka, termasuk Low, melalui konspirasi jenayah yang melibatkan pengubahan wang haram dan rasuah antarabangsa.

Tindakan perampasan sivil di bawah perjanjian ini termasuk sebuah apartmen mewah di Paris, serta karya seni di Switzerland oleh artis Andy Warhol dan Claude Monet, yang dibeli oleh Low dengan harga kira-kira US$35 juta.

Kira-kira US$67 juta dalam bentuk hartanah dan akaun bank di Hong Kong, Switzerland dan Singapura juga dirampas.

Selain daripada perampasan sivil, DOJ berkata Low menghadapi tuduhan jenayah kerana “didakwa bersubahat untuk mengubah berbilion dolar yang diselewengkan daripada 1MDB dan berkomplot untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing dengan didakwa membayar rasuah kepada pelbagai pegawai Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu dan di District of Columbia kerana didakwa berkomplot untuk membuat dan menyembunyikan sumbangan dan saluran kempen asing semasa Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada 2012.”

Tags: 1mdb, AS, DOJ, Jho Low

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan