Search
Close this search box.
Teo Nie Ching berkata, SKMM bekerjasama dengan KKM untuk menurunkan kandungan produk penjualan ubat tidak berdaftar.Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: SKMM sekat 19 laman sesawang berkaitan ubat kuat

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 19 laman sesawang dan menurunkan 23 kandungan berkaitan ubat kuat bagi tempoh 1 JanuariĀ  hingga 1 Jun 2024.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, SKMM bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menyekat pengiklanan produk makanan yang mengelirukan dan penjualan ubat tidak berdaftar.

ā€œKesemua permohonan yang diterima adalah berdasarkan kesalahan di bawah bidang kuasa KKM.

“Akta yang berkaitan adalah Akta Racun 1952, Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta Akta Ubat (Iklan & Jualan) 1956,” katanya pada sesi Pertanyaan ā€“ Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (Perikatan Nasional -Lumut) yang ingin tahu tindakan diambil oleh kementerian terhadap video dan gambar lucah di Facebook dan Telegram yangĀ  mempromosikan produk berkaitan seks dan ubat kuat.

Sementara itu Nie Ching memaklumkan keputusan untuk menurunkan sesuatu kandungan adalah berdasarkan penelitian terhadap terma dan syarat perkhidmatan serta standard komuniti yang dibangunkan penyedia platform.

Jelasnya, penyedia platform yang berpangkalan di luar negara tidak tertakluk dengan nilai, norma masyarakat dan undang-undang Malaysia malah tidak memahami konteks tempatan dalam kerja penyederhanaan kandungan mereka.

ā€œPengguna media sosial perlu memahami bahawa algoritma media sosial menganalisis tingkah laku pengguna, kesesuaian kandungan, hantaran terkini, metrik penglibatan dan hubungan antara pengguna.

ā€œMaklumat ini digunakan untuk menentukan apa kandungan yang akan dibekalkan dalam suapan berita atau laman utama pengguna,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan