Search
Close this search box.
Datuk Lukanisman Awang Sauni bercakap kepada TVS di Parlimen hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Dewan Rakyat: Sarawak dipersiapkan jadi wilayah makmur di bawah pimpinan Abang Johari

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Sarawak sedang dipersiapkan untuk menempuh ekonomi yang lebih makmur di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan pelbagai persediaan dilakukan oleh Kerajaan Sarawak.

Jelas beliau ini termasuklah inisiatif menyediakan pendidikan percuma di institut pendidikan tinggi (IPT) milik Kerajaan Sarawak menjelang 2026.

“Premier Sarawak menyatakan persediaan kepada anak-anak di Sarawak untuk mendapatkan pendidikan percuma di IPT di Sarawak bagi kursus-kursus tertentu.

“(Ini penting) untuk kita menghadapi ekonomi hijau dan ekonomi hidrogen,” katanya kepada TVS di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau mengulas langkah Kerajaan Sarawak membangunkan kemudahan pendidikan bertaraf dunia di IPT miliknya dalam usaha melahirkan lebih ramai graduan tempatan yang berkemahiran dan berkualiti tinggi.

Abang Johari Tun Openg ketika berucap merasmikan bangunan baharu Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak semalam berkata kelengkapan fasiliti yang canggih dan selesa di pusat pengajian milikan kerajaan negeri akan menarik minat mahasiswa untuk meneroka ilmu dan teknologi baharu dalam bidang hidrogen dan digital.

Sementara itu Lukanisman yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, seluruh pemimpin Sarawak bekerjasama erat untuk membawa masa depan yang lebih baik kepada wilayah itu termasuk berjuang di peringkat Persekutuan.

“Di Parlimen juga, wakil rakyat Sarawak (Gabungan Parti Sarawak) akan memperjuangkan hak-hak kita melalui dokumen-dokumen seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Dijangkakan sekitar 25,000 penuntut universiti rakyat Sarawak akan menerima manfaat dasar pendidikan tinggi percuma itu nanti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan