Search
Close this search box.

Dewan Rakyat: Peruntukan RM3.6 bilion untuk subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan memperuntukkan RM3.6 bilion pada tahun ini untuk meneruskan subsidi diesel di stesen minyak dan subsidi diesel nelayan untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jurang perbezaan harga barangan yang ketara membabitkan ketiga – tiga wilayah itu dengan Semenanjung Malaysia menjadi faktor pertimbangan kerajaan untuk meneruskan pemberian subsidi di sana.

Selain itu jelas beliau, kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi telur bagi Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang melibatkan perbelanjaan RM96 juta pada tahun lepas.

“Begitu juga (dengan) mengambil kira faktor bekalan beras tempatan yang amat terhad dalam di Sabah, Sarawak dan WP Labuan, kerajaan telah memberikan subsidi untuk beras import kepada wilayah – wilayah itu dengan peruntukan RM92.84 juta bagi Oktober hingga Disember 2023,” katanya pada Waktu Pertanyaan- Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Armizan menjawab soalan Lo Su Fui (Gabungan Rakyat Sabah -Tawau)  yang ingin tahu perancangan kerajaan bagi menyeragamkan harga barangan membabitkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Sementera itu Armizan memaklumkan, KPDN turut melaksanakan dua program spesifik utama iaitu Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan (PPHSSL) yang melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM40 juta.

Tambah beliau, Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming pula dilaksanakan dengan peruntukan RM225 juta.

“Melalui Jawatankuasa Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak, dan WP Labuan, satu kajian menyeluruh penstabilan harga dilakukan bermula Mei 2024,” katanya.

Ujarnya ia dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mengenal pasti isu dan masalah jurang perbezaan harga dan seterusnya mengemukakan syor dan cadangan berkaitan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan