Search
Close this search box.
Datuk Seri Noraini Ahmad menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Peruntukan RM103 juta diagihkan bantu kanak-kanak memerlukan

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) telah membelanjakan RM893 juta untuk membantu seramai 540, 000 penerima setakat April 2024, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM103 juta telah dibelanjakan untuk membantu golongan kanak-kanak yang memerlukan.

Kata beliau, ini mencerminkan komitmen kerajaan menjaga kebajikan kanak-kanak selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

“Walaubagaimanpun bantuan ini bersifat sementara dan hanya bertujuan sebagai kelangsungan hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Paya Besar, Dato Indera Mohd Shahar Abdullah di Persidangan Dewan Rakyat hari ini di sini.

Sementara itu beliau menambah, komitmen kerajaan membantu golongan kanak-kanak terutama mereka dari keluarga di bawah pendapatan garis kemiskinan (PGK) juga dapat dilihat menerusi kenaikan kadar maksimum bantuan kanak-kanak (BKK) dari RM450 hingga RM1,000 sekeluarga dalam Belanjawan 2021 sebelum ini.

Tambah Noraini, kerajaan telah menetapkan kadar bantuan sebanyak RM200 bagi kanak-kanak berumur bawah 7 tahun, manakala RM150 bagi mereka berumur atas 7 tahun menerusi BKK yang dilaksanakan secara bersasar,

Untuk rekod, sebanyak 318, 285, 884 BKK telah diagihkan kepada 65, 884 pada 2023 penerima kanak-kanak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan