Search
Close this search box.
Dr Richard Rapu bercakap kepada TVS di Parlimen hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Dewan Rakyat: Pendidikan tinggi bertaraf dunia disediakan Sarawak pacu ekonomi hijau

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kemudahan berkualiti yang disediakan di institusi pengajian tinggi (IPT) di Sarawak akan melengkapkan rakyatnya dengan kepakaran diperlukan untuk memajukan ekonomi baharu, kata Dr Richard Rapu.

Ahli Parlimen Betong itu berkata, ia secara tidak langsung juga mempersiapkan tenaga kerja profesional di Sarawak.

“Jadi dengan sekolah antarabangsa dan universiti (di Sarawak) yang menggunakan sukatan pelajaran dan kursus bertaraf dunia ia menjadi platform bagi anak Sarawak mendapat pendidikan berkualiti.

“(Mereka seterusnya akan) mengisi peluang yang wujud dalam ekonomi baharu ,” katanya kepada TVS di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas langkah Kerajaan Sarawak membangunkan kemudahan pendidikan bertaraf dunia di IPT miliknya dalam usaha melahirkan lebih ramai graduan tempatan yang berkemahiran dan berkualiti tinggi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika berucap merasmikan bangunan baharu Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak semalam berkata kelengkapan fasiliti yang canggih dan selesa di pusat pengajian milikan kerajaan negeri akan menarik minat mahasiswa untuk meneroka ilmu dan teknologi baharu dalam bidang hidrogen dan digital.

Sementara itu, Richard berkata, menerusi pendidikan berkualiti yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak, rakyat berpeluang melibatkan diri dalam sektor tenaga hijau dan hidrogen.

“Seperti yang kita tahu, dalam tempoh antara lima hingga 10 tahun akan datang, pembangunan dan ekonomi baharu di Sarawak yang memerlukan tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi, sains dan kejuruteraan,” katanya.

Sarawak juga jelasnya tidak lagi akan terlalu bergantung kepada tenaga profesional dan mahir dari luar kerana peranan itu boleh dimainkan oleh rakyatnya sendiri. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan