Search
Close this search box.
Foto fail menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Qatar untuk menghadiri Forum Ekonomi Qatar 2024. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Dewan Rakyat: Malaysia perlu berhati – hati berkaitan hubungan antarabangsa

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Malaysia perlu berhati – hati dalam hubungan dua hala di peringkat antarabangsa berikutan keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu ketika ini, Dewan Rakyat dimaklumkan.

Menteri Luar,  Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, lawatan Perdana Menteri ke luar negara juga perlu dirancang dengan teliti.

Kata beliau, ini kerana Malaysia tidak mahu dilihat condong kepada negara – negara tertentu kerana mempunyai polisi bersahabat dengan semua negara untuk hubungan perdagangan.

“(Sebenarnya pemimpin Malaysia) terima banyak jemputan untuk melawat negara luar namun kita perlu berhati – hati dalam memposisikan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Lawatan Perdana Menteri atau Menteri Luar (akan) dianggap sebagai pengiktirafan kepada hubungan luar negara kita,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamad menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Perikatan Nasional – Machang) yang ingin tahu bila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat Rusia memandangkan menerima jemputan rasmi daripada negara berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, Malaysia perlu mengambil pendirian berkenaan kerana tidak mahu terjerumus dalam kancah politik dunia yang semakin kompleks.

“Setakat ini hubungan kita baik dengan Rusia, China dan negara lain.

“Kementerian Luar mahu mempromosikan Malaysia sebagai negara midle state iaitu tidak condong kepada mana – mana pihak, kita bersahabat dengan semua, bukan sahaja diplomatik biasa tetapi diplomatik perdagangan yang menjadi keutamaan kita,” katanya.

Tambah beliau, dunia kini seolah-olah kembali kepada era Perang Dingin dan Malaysia perlu bersikap lebih neutral.

Mengenai usaha Malaysia sertai blok ekonomi dengan Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) yang ketika ini dipengerusikan oleh Rusia, Mohamad berkata, Malaysia melihat perkara itu sebagai asas supaya dunia tidak terlalu condong kepada mana – mana pihak.

“Kita merancang untuk sertai BRICS pada tahun hadapan ketika Brazil menjadi Pengerusi dan ketika itu Malaysia merupakan Pengerusi ASEAN,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan