Search
Close this search box.
Datuk Lukanisman Awang Sauni bercakap kepada TVS di Parlimen hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Dewan Rakyat: KKM mulakan langkah tambah jururawat lelaki – Lukanisman

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan beberapa pendekatan untuk meningkatkan bilangan jururawat lelaki bagi memenuhi permintaan tenaga kerja bidang itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pelbagai faktor menyebabkan wujudnya keperluan demikian termasuk pesakit lelaki beragama Islam yang meminta perkhidmatan jururawat lelaki.

Katanya, setakat ini hanya 2,832 jururawat lelaki direkodkan daripada keseluruhan 70,653 jururawat KKM.

“Berbanding dengan Australia dan Singapura, Malaysia dilihat masih ketinggalan dalam penglibatan lelaki sebagai jururawat.

“Oleh itu KKM berhasrat untuk meningkatkan jururawat lelaki kepada 10 peratus tenaga kerja dalam tempoh lima hingga 10 tahun,” katanya kepada TVS di Parlimen hari ini.

Sementara itu, Lukanisman menjelaskan antara punca kurang penglibatan lelaki dalam bidang itu adalah kerana wujudnya perspektif bahawa kerjaya jururawat hanya untuk golongan wanita.

“Mungkin ada juga yang beranggapan bahawa tugas jururawat tidak lasak namun (sebenarnya) kerja ini memerlukan kemahiran yang tinggi sekali gus persediaan mental yang sangat optimum untuk menghadapi pelbagai cabaran,” jelasnya.

Ditanya mengenai inisiatif KKM untuk menarik lebih ramai lelaki menyertai bidang kejururawatan, beliau berkata setakat ini ia dilaksanakan di peringkat literasi yang melibatkan program tingkat kesedaran.

“Tetapi kita perlu sedar bahawa pengambilan jururawat lelaki adalah berdasarkan meritokrasi dan mesti memenuhi kriteria dan mengikut latihan yang disediakan oleh KKM” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan