Search
Close this search box.
Barisan persembahan RWMF tahun ini menampilkan artis-artis lagenda seperti Kitaro, Datuk Zainal Abidin, Borneo Collective dan lain-lain. Foto TVS

Borneo Collective bawa kelainan di RWMF 2024

KUCHING, 27 Jun: Lima ahli muzik tradisional daripada pelbagai kumpulan bergabung di sebuah pentas bagi memeriahkan Rainforest World Music Festival (RWMF) tahun ini.

Menggelarkan diri mereka sebagai “Borneo Collective”, mereka menggunakan alat muzik tradisional dengan sentuhan genre kontemporari moden, bersedia untuk menghiburkan pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Borneo Collective bawa kelainan di RWMF 2024 | TVS

Rining Peter Paris, pemain tapi’ iaitu alat muzik tradisional Lun Bawang, menyatakan bahawa konsep kumpulan ini adalah untuk menonjolkan evolusi alat muzik tradisional dari Borneo.

“Kalau kita lihat tema RWMF tahun ini, ia bertemakan Evolution, jadi Borneo Collective ini membawa evolusi alat muzik tradisional kita, khususnya dalam keluarga Borneo Boat Lute. Dari dua tali hingga enam tali, genre muzik yang kami hasilkan sangat beragam. Tapi’ dua tali saya, bila digabungkan dengan iringan band, tetap mengekalkan melodi asli, tetapi dengan sentuhan muzik kontemporari moden. Ini mungkin menarik minat pelancong untuk mengenali alat muzik kita, terutama instrument tali seperti Tapi’ dan Sape.

“Secara peribadi, peluang untuk bersama Borneo Collective adalah sangat bermakna. Muzik kami banyak berhubung dengan alam sekitar. Salah satu lagu yang akan kami mainkan di RWMF nanti ialah ‘Pulung Tau’ yang bermaksud ‘Hutan Kami’. Lagu ini menggalakkan semua orang memulihara alam semula jadi, terutama hutan kita. Membawa mesej ini sangat bermakna bagi kami,” katanya.

Sementara itu, ahli kumpulan lagenda Tuku Kamek, Jerry Kamit menyatakan bahawa perbezaan kumpulan bukanlah penghalang untuk bersatu dalam proses kreatif dan sesi latihan.

“Walaupun kami jarang berjumpa, kami saling bertukar lagu asal daripada band masing-masing dan memilih yang terbaik untuk dimainkan. Contohnya, kumpulan lain menghantar 4 lagu, saya menghantar 2 atau 3 lagu, dan kami memilih yang terbaik dari setiap kumpulan.

“Untuk Borneo Collective, tiada bintang di antara kami, kerjasama kami yang menjadikan kami bintang,” katanya demikian ketika ditemui TVS pada Rabu.

Penampilan sulung mereka di RWMF 2024 memberikan makna mendalam kepada pemuzik tradisional, serta membuka mata generasi baharu terhadap keunikan alat muzik tradisional Sarawak.

Barisan persembahan RWMF tahun ini menampilkan artis-artis lagenda seperti Kitaro, Datuk Zainal Abidin, Borneo Collective dan lain-lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan