Search
Close this search box.
Atlet judo lelaki negara Afiq Danish Zapri memperoleh hadiah hari jadi yang tepat buat dirinya apabila berjaya menyambar pingat emas kategori bawah 90 kilogram (kg) di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di sini hari ini. Foto Sukan IPT (FB)

AUG 2024: Emas hadiah hari jadi Afiq Danish

ByBernama

SURABAYA, 27 Jun: Atlet judo lelaki negara Afiq Danish Zapri memperoleh hadiah hari jadi yang tepat buat dirinya apabila berjaya menyambar pingat emas kategori bawah 90 kilogram (kg) di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di sini hari ini.

Atlet kelahiran Bachok, Kelantan yang menyambut hari lahir ke-21 semalam, mempamerkan kekuatan untuk menumbangkan wakil Indonesia Myza Tyas Nugraha dalam pertarungan sengit pusingan final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Airlangga di sini.

Mengulas mengenai perlawanan itu, atlet Universiti Malaysia Terengganu itu berkata beliau menewaskan lawannya itu dengan mengenal pasti kelemahannya untuk meraih satu mata.

“Saya jangka boleh tumbang lebih cepat, tapi saingan sengit jadi saya cari kesilapan lawan selepas mendapat satu mata saya bertahan hingga masa tamat.

“Inilah hadiah hari jadi yang paling bermakna dalam hidup saya,” katanya kepada pemberita selepas pertarungan itu.

Afiq Danish sebelum itu  menyingkirkan atlet tuan rumah Muhd Altila Alfaridzi menerusi keputusan ippon selepas mendahului mendahului 1-0 pada awal saingan di pusingan round robin.

Rentak cemerlang kem judo diteruskan Amir Daniel Abdul Majeed yang merangkul emas dalam kategori bawah 81kg.

Pingat itu hadir selepas pemenang pingat gangsa Sukan SEA Kemboja dan Sukan Komanwel Birmingham meraih ‘ippon’ selepas menundukkan atlet tuan rumah Yuta Gladius Taslim dalam masa kurang seminit.

Terdahulu, Amir Daniel mengesahkan kemaraan ke final selepas mengecewakan pencabar Singapura Pang Jia Cheng pada pusingan separuh akhir yang berlangsung pagi tadi.

Sementara itu, Tan Yi Ting sekadar meraih gangsa dalam kategori bawah 73kg selepas tewas dalam dua pertarungan pusingan round robbin kepada pencabar Indonesia Chandra Kurnia Rettob dan Singapura Melvin Loo. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan