Search
Close this search box.
Istana Pahang hari ini memaklumkan akaun media sosial rasmi pejabat Sultan Pahang hanyalah di bawah nama Kesultanan Pahang. Foto Media sosial

Akaun media sosial rasmi pejabat Sultan Pahang hanya di bawah nama ‘Kesultanan Pahang’

ByBernama

KUANTAN, 27 Jun: Istana Pahang hari ini memaklumkan akaun media sosial rasmi pejabat Sultan Pahang hanyalah di bawah nama Kesultanan Pahang.

Istana Pahang menerusi hantaran di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube Kesultanan Pahang menyatakan bahawa pihaknya mengambil maklum atas beberapa aduan dan rungutan netizen mengenai kewujudan akaun media sosial menggunakan nama Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sejak akhir-akhir ini.

“Dimaklumkan bahawa semua akaun berkenaan adalah palsu. Untuk makluman, pentadbiran ini hanya mempunyai akaun rasmi yang sah menggunakan nama Kesultanan Pahang di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube, termasuk portal rasmi yang boleh dilayari di istanapahang.my,” menurut hantaran tersebut.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun-akaun berkenaan di platform Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan