Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isterinya Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Ahli Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) di Astana Negeri Sarawak di Kuching pada Khamis. Foto TVS

Ahli Muzakarah Jawatankuasa MKI adakan kunjungan hormat kepada Tun Dr Wan Junaidi

KUCHING, 27 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Ahli Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) di sini, hari ini.

Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), Dato’ Paduka Nooh Gadot berkata pihaknya menerima baik pandangan serta nasihat yang diberikan oleh Tun Dr Wan Junaidi berkenaan Islam dalam pelbagai aspek.

“Bagi pihak Jawatankuasa Muzakharah MKI mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Tun Dr Wan Junaidi yang telah memberikan satu respon bukan hanya ziarah tapi banyak ilmu ilmu pandangan pandangan nasihat yang telah diberikan dan insyaallah kami dengan datin paduka melaksanakan mengikut portfolio yang telah diaturkan, Insha-Allah.

“Terutama harapan dikihat nak menaikkan agama ummah dan jabatan Mufti, Jabatan Hakim Hakin Syarie daripada Jabatan Agama. Ini satu perkara luar biasa pada saya. Amat istimewa sekali perjumpaan kita hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas kunjungan hormat daripada Ahli Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) di Astana Negeri Sarawak di Kuching pada Khamis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan