Search
Close this search box.
Pengerusi KDJA Ronnie Teo Teck Wei (kiri), Pengarah UNIFOR, Datu Jack Aman Luat (tengah) dan Pengarah UKAS Samuel Simon (kanan) hadir pada kempen menderma darah di Plaza Merdeka semalam.

73 penderma sertai kempen derma darah UNIFOR, UKAS dan KDJA

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 27 Jun: Seramai 73 penderma berjaya menyertai kempen derma darah anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), pada Rabu.

Kempen derma darah itu turut dijayakan dengan kerjasama Bank Darah Hospital Umum Sarawak (DGH) serta pusat beli-belah Plaza Merdeka.

Menurut Pengarah UNIFOR, Datu Jack Aman Luat, ini adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk menyumbang kepada masyarakat.

“Saya amat gembira dengan kehadiran yang baik hari ini. Ini adalah kali kedua kami menganjurkan kempen derma darah untuk membantu menambah bekalan darah untuk Hospital Umum Sarawak.

“Kami bercadang untuk meneruskan penganjuran program ini dan mengalu-alukan agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) lain untuk bekerjasama dengan kami pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Terdahulu, UNIFOR turut menganjurkan kempen derma darah pertamanya untuk tahun 2024 bersama UKAS.

Mereka yang datang menderma termasuk pengamal media di bawah jemputan KDJA serta orang ramai yang hadir di pusat beli-belah berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan