Search
Close this search box.
ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang bersama 20 pelajar pada sesi graduasi Program LEADS, KEMAS. Foto TVS

20 warga emas Rumah Bujang, jadi pelajar LEADS kuasai 3M

LIMBANG, 27 Jun: Seramai 20 pelajar dalam kalangan warga emas dari Rumah Bujang, Rantau Kiran Medamit di sini mengikuti Program LEADS.

Faktor usia menurut mereka bukan penghalang untuk menyertai Program LEADS atau Pendidikan Kemahiran Literasi Dewasa anjuran kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Malah rata-rata pelajar yang berusia lingkungan 68 tahun hingga 44 tahun itu menyifatkan program LEADS membolehkan mereka menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Genut Bungai Lulun, 68, yang merupakan pelajar paling lanjut usia, mengakui bersemangat tinggi untuk belajar seperti golongan muda mendorong dirinya menyertai Program LEADS.

“Walaupun saya berumur 68 tahun, saya juga boleh belajar seperti orang muda.

“Dulu saya tidak pandai membaca, tetapi sekarang boleh membaca sedikit hasil pembelajaran program LEADS,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Graduasi Adult Skills (LEADS) KEMAS, Peringkat Parlimen Limbang, 2024 di dewan KEMAS hari ini.

Turut senada, seorang lagi pelajar, Rendi Talit, 64, berkata meskipun sudah berstatus ‘nenek’ dirinya tidak menyangka boleh menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis sejak menyertai program LEADS tiga bulan lepas.

“Saya berterima kasih kepada KEMAS, walaupun sudah berumur 64 tahun, saya sekarang pandai membaca dan mengira walaupun hanya tiga bulan kami belajar dalam program LEADS ini,” katanya.

Bagi Edward Brayan Setia ,54, KEMAS banyak membantu masyarakat luar bandar khususnya dalam menuntut ilmu selari dengan kehendak dan peredaran masa agar mereka tidak ketinggalan.

Beliau juga berharap pihak KEMAS akan membuka lebih banyak lagi kelas LEADS ini di masa akan datang dengan menyediakan lebih banyak lagi program untuk pembangunan modal insan dan celik huruf. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan