Usaha cari PBT Muhammad Syafiq masih giat dijalankan

LIMBANG, 27 Jun: Usaha mencari Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim, anggota tentera Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang dilaporkan hilang semasa melaksanakan Op Ukur di Limbang bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Sarawak pada 18 Jun lepas masih giat dijalankan.