Search
Close this search box.
Awang Tengah ketika menyantuni mangsa kebakaran Kampung Pemukat Kuala Lawas. Foto TVS

Teliti lakukan pendawaian, elak kebakaran – Awang Tengah

LAWAS, 26 Jun: Rakyat diingatkan untuk lebih berhati-hati mengendalikan kerja pendawaian elektrik kerana ia boleh mengakibatkan kebakaran, tegas Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau juga mengingatkan penduduk khususnya di Lawas agar melantik mereka yang bertauliah dan berlesen untuk mengendalikan sistem pendawaian elektrik di kediaman dan premis mereka.

Menurut beliau ia penting bagi mengelak sebarang kecelakaan yang tidak diingini.

“Dari segi pendawaian ini saya selalu menasihatkan rumah-rumah baru pendawaiannya harus dibuat oleh orang yang ada kelayakan jangan kita pikir murah atau mahal.

“ Jika kita tidak berhati-hati ini akan menjadi punca kebakaran dan kemusnahan itu berlaku, jadi saya selalu nasihatkan pendawaian yang sudah lama ini harus dibuat pendawaian baharu,” kata beliau selepas melawat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Pemukat Kuala Lawas di sini, semalam.

Terdahulu 82 penghuni membabitkan 23 keluarga hilang tempat berteduh selepas kebakaran meranapkan lima buah rumah di kampung Pemukat Kuala Lawas dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang.

Kebakaran dikampung yang didirikan atas air ditebing Sungai Lawas dapat dikawal oleh dua pasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dan BBP Daerah Sipitang Sabah.

Kejadian itu tidak melibatkan kehilangan nyawa dan punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan