Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam anjuran Kerajaan Sarawak bersempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 di Riverside Majestic Hotel Kuching. Foto TVS

Tatakelola pentadbiran berkesan tarik pelaburan ke Sarawak

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 26 Jun : Kerajaan Sarawak memandang serius sebarang isu yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara dalam pengurusan kewangan kerajaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata, pembangunan yang mampan diterapkan sistem pentadbiran berteraskan tatakelola baik melalui prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, kecekapan dan keberkesanan.

“Dengan menjadi negeri yang mencapai ketelusan dan aspek tatakelola yang tinggi, aspek ini mampu menjadi tarikan untuk pelabur ke Sarawak.

“Pelabur akan berasa yakin apabila mengembangkan perniagaan mereka ke sini, dan ini turut akan meningkatkan ekonomi Sarawak, dalam aspirasi Pelan Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak (PCDS 2030),” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibaca Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr.Sim Kui Hian pada Majlis Makan Malam anjuran Kerajaan Negeri Sarawak sempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 di Riverside Majestic Hotel, Kuching, pada Selasa.

Tambahnya lagi, inisiatif ini turut memerlukan komitmen semua perkhidmatan awam khususnya kakitangan awam Negeri Sarawak selain daripada mengelak berlaku sebarang penyimpangan kepada Piawaian Perakaunan Kerajaan (PPK).

Dalam tempoh lima tahun, Sarawak telah menerima Sijil Bersih dalam Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, dengan 144 agensi mencapai tahap Cemerlang dalam Electronic Compliance Self Assesment (eCSA).

Dari segi kedudukan kewangan, Kerajaan Negeri Sarawak melaporkan peningkatan hasil berjumlah RM13.311 bilion untuk tahun 2023 berbanding RM11.910 bilion pada tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 11.8%, menunjukkan kerajaan negeri telah membuat perancangan yang teliti bagi memastikan peruntukan dibelanjakan mengikut perancangan.

Dalam hal prestasi perbelanjaan pembangunan RMKe-12 pula, terdapat peningkatan sejumlah RM0.928 bilion (14.8%) berbanding RM6.263 bilion pada tahun 2022.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan